Oct 29, 2005
SALAM AIDIL FITRI




SELAMAT HARI RAYA


 

MAAF ZAHIR & BATIN


DARIPADA KAK NUR & FAMILY

Posted at 02:36 pm by nurdia
Make a comment  

Jan 29, 2005
I'm Here for You

 

  I cannot ease your aching heart,

 nor take your pain away;

but let me stay and take your hand,

and walk with you today.

I'll listen when you need to talk,

I'll wipe away your tears;

I'll share your worries when they come,

and I'll help you face your fears.



Posted at 06:53 pm by nurdia
Comment (1)  

Dec 29, 2004
kelebihan iman dan ganjarannya

Laman Utama > Iman > Kelebihan Iman dan ganjarannya

Penemuan Di Dalam Al-Quran 499
Penemuan Di Dalam Hadis 1

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 5
Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang berjaya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 25
Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 38
Kami berfirman lagi: Turunlah kamu semuanya dari Syurga itu! Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dariKu (melalui Rasul-rasul dan Kitab-kitab yang diturunkan kepada mereka), maka sesiapa yang mengikuti petunjukKu itu nescaya tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 62
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasora (Nasrani) dan orang-orang Saabien sesiapa di antara mereka itu beriman kepada Allah dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka bagi mereka pahala balasannya di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) kepada mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 82
Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 103
Dan kalau sebenarnya mereka itu tetap beriman dan bertakwa (nescaya mereka akan mendapat pahala); sesungguhnya pahala dari sisi Allah itu adalah lebih baik, kalau mereka mengetahui.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 112
(Apa yang kamu katakan itu tidaklah benar) bahkan sesiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah (mematuhi perintahNya) sedang dia pula berusaha supaya baik amalannya, maka dia akan beroleh pahalanya di sisi Tuhannya dan tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 126
Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka. Allah berfirman: (Permohonanmu itu diterima) tetapi sesiapa yang kufur dan ingkar maka Aku akan beri juga dia bersenang-senang menikmati rezeki itu bagi sementara (di dunia), kemudian Aku memaksanya (dengan menyeretnya) ke azab Neraka dan (itulah) seburuk-buruk tempat kembali.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 137
Maka kalau mereka beriman sebagaimana kamu beriman (dengan Kitab-kitab Allah dan Rasul-rasulnya), maka sesungguhnya mereka telah beroleh petunjuk dan jika mereka berpaling (serta tidak mahu beriman dengan sebenar-benar iman) maka sesungguhnya mereka akan tinggal berkekalan dalam perbalahan dan permusuhan (dengan kamu). Oleh itu (janganlah engkau khuatir wahai Muhammad) kerana Allah akan memeliharamu (dan umatmu) dari kejahatan mereka dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 194
(Mencabuli) bulan yang dihormati itu ialah dengan (sebab membalas pencabulan dalam) bulan yang dihormati dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu dan bertakwalah kamu kepada Allah serta ketahuilah: Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 202
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan dan Allah amat cepat hitunganNya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 212
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 214
Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah? Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 218
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 221
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik sekalipun keadaannya menarik hati kamu dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam) dengan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk agama Islam) dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik daripada seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaannya menarik hati kamu. (Yang demikian ialah kerana orang-orang kafir itu mengajak ke Neraka sedang Allah mengajak ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya dan Allah menjelaskan ayat-ayatNya (keterangan-keterangan hukumNya) kepada umat manusia, supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 223
Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu dan bertakwalah kepada Allah serta ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya (pada hari akhirat kelak) dan berilah khabar gembira wahai Muhammad) kepada orang-orang yang beriman.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 249
Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa di antara kamu yang meminum airnya maka bukanlah dia dari pengikutku dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya dia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya. (Sesudah diingatkan demikian) mereka meminum juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama orang-orang yang beriman menyeberangi sungai itu, berkatalah orang-orang yang meminum (sepuas-puasnya): Kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya. Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang-orang yang sabar.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 251
Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera Jalut dengan izin Allah dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut) membunuh Jalut dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud) kuasa pemerintahan dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang dikehendakiNya dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia) nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya kepada sekalian alam.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 257
Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 262
Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya) dan tidak pula menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka pula tidak akan berdukacita

Posted at 12:10 pm by ct_wardah
Make a comment  

kejadian selain dari manusia

Kejadian selain dari manusia

Penemuan Di Dalam Al-Quran 159
Penemuan Di Dalam Hadis 3

Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 19
Atau (bandingannya) seperti (orang-orang yang ditimpa) hujan lebat dari langit, bersama dengan gelap-gelita dan guruh serta kilat; mereka menyumbat jarinya ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir, kerana mereka takut mati. (Masakan mereka boleh terlepas), sedang (pengetahuan dan kekuasaan) Allah meliputi orang-orang yang kafir itu.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 20
Kilat itu pula hampir-hampir menyambar (menghilangkan) penglihatan mereka; tiap-tiap kali kilat itu menerangi mereka (dengan pancarannya), mereka berjalan dalam cahayanya. Dan apabila gelap menyelubungi mereka, berhentilah mereka (menunggu dengan bingungnya). Dan sekiranya Allah menghendaki, nescaya dihilangkanNya pendengaran dan penglihatan mereka; sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 22
Dialah yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan dan langit (serta segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina dengan kukuhnya) dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 29
Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi, kemudian Dia menuju dengan kehendakNya ke arah (bahan-bahan) langit, lalu dijadikannya tujuh langit dengan sempurna dan Dia Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 164
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 255
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya, Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 259
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? Lalu dia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: Berapa lama engkau tinggal (di sini)? Dia menjawab: Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari. Allah berfirman: (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging. Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Al-Quran > Surah Al- Baqarah> Ayat 261
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.
Al-Quran > Surah A-li 'Imraan> Ayat 14
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Al-Quran > Surah A-li 'Imraan> Ayat 27
Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Al-Quran > Surah A-li 'Imraan> Ayat 96
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Mekah yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayat bagi umat manusia.
Al-Quran > Surah A-li 'Imraan> Ayat 97
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim dan sesiapa yang masuk ke dalamnya aman tenteramlah dia dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari sekalian makhluk.
Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 1
Segala puji tertentu bagi Allah yang menciptakan langit dan bumi dan menjadikan gelap dan terang; dalam pada itu, orang-orang kafir menyamakan (sesuatu yang lain) dengan tuhan mereka.
Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 14
Katakanlah (wahai Muhammad): Patutkah aku mengambil (memilih) pelindung yang lain dari Allah yang menciptakan langit dan bumi dan Dia pula yang memberi makan dan bukan Dia yang diberi makan? Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menjadi orang yang pertama sekali menyerah diri kepada Allah (Islam), dan (aku diperintahkan dengan firmanNya): Jangan sekali-kali engkau menjadi dari golongan orang-orang musyrik itu.
Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 73
Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar dan (Dialah juga) pada masa (hendak menjadikan sesuatu) berfirman: Jadilah, lalu terjadilah ia. FirmanNya itu adalah benar dan bagiNyalah kuasa pemerintahan pada hari ditiupkan sangkakala. Dia yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata dan Dialah Yang Maha Bijaksana, lagi Maha mendalam pengetahuanNya.
Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 79
Sesungguhnya aku hadapkan muka dan diriku kepada Allah yang menciptakan langit dan bumi, sedang aku tetap di atas dasar tauhid dan bukanlah aku dari orang-orang yang menyekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain).
Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 96
Allah jualah Yang membelah cahaya subuh (yang menyingsingkan fajar) dan yang menjadikan malam untuk tinggal berehat dan menjadikan matahari dan bulan untuk mengira waktu (menurut peredarannya). Yang demikian itu adalah kuasa penentuan Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui.
Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 97
Dan Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagi kamu supaya kamu berpedoman kepadanya dalam kegelapan (malam) di darat dan di laut. Sesungguhnya kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengetahui.
Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 99
Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh-tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula dari tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus dan dari pohon-pohon tamar (kurma), dari mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik dan (Kami jadikan) kebun-kebun dari anggur dan zaiton serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan. Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.
Al-Quran > Surah Al-An'aam> Ayat 101
(Dialah) yang menciptakan langit dan bumi. Bagaimanakah Dia mempunyai anak sedang Dia tidak mempunyai isteri? Dia pula yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan segala-galanya.


Posted at 12:09 pm by ct_wardah
Make a comment  

islam


Posted at 12:02 pm by ct_wardah
Make a comment  

Dec 5, 2004
Rahsia hari dalam islam

ALLAH SWT menjadikan seminggu itu terdiri daripada tujuh hari dan didalam hari-hari tersebut terjadi peristiwa-peristiwa tertentu yang merupakan rahsia keutamaan dari hari tersebut

SEJARAH HARI SABTU

1.) Tipu daya kaum Nuh terhadap Nabi Nuh
2.) Tipu daya kaum Saleh as. terhadap unta Nabi Saleh as.
3.) Tipu daya saudara-saudara Yusof terhadap Yusof as.
4.) Tipu daya Fir'un terhadap Nabi Musa.
5.) Tipu daya kaum Yahudi terhadap Nabi Isa as.
6.) Tipu daya kaum Quraisy terhadap Rasulullah SAW
7.) Tipu daya kaum Yahudi terhadap larangan Allah SWT

SEJARAH HARI AHAD

1.) Penciptaan tempat jalan bintang-bitang
2.) Penciptaan bintang-bintang yang bergerak
3.) Penciptaan api neraka yang bertingkat-tingkat
4.) Penciptaan tujuh lapis bumi
5.) Penciptaan tujuh lautan yang besar
6.) Penciptaan tujuh anggota tubuh manusia
7.) Penciptaan tujuh hari dalam seminggu

SEJARAH HARI ISNIN

1.) Nabi Idris as. naik kelangit
2.) Nabi Musa as. pergi ke Gunung Thursina
3.) Turunnya dalil-dalil tentang ke-Esaan Allah SWT
4.) Lahirnya Rasulullah SAW
5.) Malaikat Jibril turun menemui Rasulullah SAW
6.) Semua amalan umat ditunjukkan kepada Rasulullah SAW
7.) Rasulullah SAW wafat pada hari Isnin

SEJARAH HARI SELASA

1.) Jurjais as. dibunuh
2.) Wafatnya Nabi Yahya as.
3.) Wafatnya Nabi Zakaria as.
4.) Meninggalnya tukang sihir Fir'un
5.) Meninggalnya Asiah isteri Fir'un
6.) Sapi Bani Israil disembelih
7.) Meninggalnya Habil putera Adam as.

SEJARAH HARI RABU

1.) Kehancuran Auj bin Unuq
2.) Kehancuran Qarun
3.) Kehancuran Fir'un
4.) Kebinasaan Namruz bin Kan'an
5.) Kehancuran! kaum Sa leh as.
6.) Kehancuran Syadad bin 'Aad
7.) Kebinasaan kaum Hud

SEJARAH HARI KHAMIS

1.) Nabi Ibrahim as menghadap Raja Mesir
2.) Tukang memberi minum Raja Mesir memperolwhi kebebasan
3.) Saudara-saudara Yusuf as menemuinya
4.) Bunyamin datang ke Kota Mekah
5.) Ya'akub as datang ke Mesir
6.) Nabi Musa masuk ke Mesir
7.) Rasulullah SAW masuk ke Kota Mekah

SEJARAH HARI JUMAAT (ada sesetengah dr kita yg masih tak tahu dan tertanya2 kenapa org selalu bernikah pada hari Jumaat. Ini jawapannya. KIAMAT juga berlaku pada hari Jumaat dan akan turut menjadi sejarah pada umat manusia di dunia ini.

1.) Pernikahan antara Nabi Adam as dengan Siti Hawa
2.) Pernikahan anatara Nabi Yusuf as dengan Zulaikha
3.) Pernikahan antara Nabi Musa as dengan Shafrawa
4.) Pernikahan Nabi Sulaiman as dengan Ratu Balqis
5.) Pernikahan anatara Nabi Muhammad SAW dengan Siti Khadijah
6.) Pernikahan antara Rasulullah SAW dengan Siti Aisyah
7.) Pernikahan antara Sayyidina Ali as dengan Siti Fatimah

* ADA PENDAPAT MENGATAKAN KITA AKAN MATI SAMA PADA HARI KITA DILAHIRKAN. JADI CUBA2LAH INGAT HARINYA.Contohnya: Jika hari Jumaat kita dilahirkan


Posted at 08:49 am by ct_wardah
Comment (1)  

Dec 4, 2004
rose


Posted at 08:52 am by ct_wardah
Comment (1)  

FIRST TIME NAK MENULIS...


   Hari ni, first time ct nak mula menulis dalam weblog ni..terima kasih bebanyak pada kak nur yang banyak membantu... sebenarnya ct tak pandai sgt bab it ni...tahu yang asas jer..then bila tgk weblog kengkawan tu..rasa teringin pulak nak ada weblog sendiri...dah ada ni,ct tak tau pulak camner nak mula menulis kat sini..hari ni try la jugak..susah2 kak nur tolong kena la ct hargai..dalam 2-3 hari lepas ct balik ke penang..kena bertugas...ala..jaga sekolah jer...boringnya Allah saja yang tau..sebab apa tau...udah la tak ada sesapa kat sekolah,yang ada cuma PAR  jer..sib baik ct pi ngan kawan kalau tak...tak tau la apa nak buat..GPK datang jugak..tp sekejap jer..siapkan tugasnya dan balik...yang musykilnya kerani pentadbiran langsung tak datang...cuti ke dia...asik cuti jer...ct pelik betul...tp tahun depan dia dah nak bersara...dapat pulak kerani baru.. tak tau la lagi camner pulak fiilnya....tunggu dan lihat je la...masa kat sekolah ytday..GPK dah cakap ct kena ngajaq kelas mana.....alahai...tolong la...tahun depan ct kena ngajaq tahun 1 jugak....alamatnya..aaa...baaa...taaa...lagi la...ct sebenarnya lebih suka ngajaq bacaan surah2 n hukum tajwid...bukan apa...bila kita ngajaq..kita pun akan ingat selalu...tp kalau dah ngajaq tahun 1 ni..apa yang ct leh ajaq...6 bulan pertama...a..ba..ta..n pelajaran jawi....lagi satu,kalau garang sangat bebudak tak mau mai sekolah...susah...tp rekod ct ngajaq tahun 1 ni...ceria jer sebenarnya...jadi ustazah yang disayangi...hari2 kena cium n dipeluk leh bebudak...depa sayang sgt2...hehehe...sebabnya ct ni jenis suka melayan bebudak..ceritalah apa pun ct dengaq jer...tak potong cakap depa..biaq depa cerita...ct suka main2 dgn depa...tp bukan la main jer..ct serius bila ngajaq n jadi garang n tegas bila depa tak buat kerja sekolah...
   td, pepagi lagi ct dah online..bukan apa dah rindu sgt...seronok jugak ada weblog ni sebenarnya orang yang suka bercakap...leh tulis banyak2 kat sini..cam ct pulak..kalau dah kenal lama memang ct jadi peramah tp..kalau baru kenal diam n senyum jer..malu....gadis pemalu...hehehe....so, bila dapat menulis ni...rasanya dapatlah ct bercakap sorang2...luahkan apa yang nak diluah..bercerita entah pada siapa...tp ok la...daripada pendamkan saja...ikut plan hari ni ct nak pergi survey keta....baru nak mula intai2 jer...lom tentu beli lagi...tp dok tunggu kakak ct balik dulu ni...ingat nak pi dgn dia..senang ckit...ada orang yang leh komen apa yang baik or sebaliknya...tp bayang kakak pun tak nampak lagi ni...kena la tunggu...kalau dia balik esok...esok la dapat pi..kalau tak balik...ct pi sendiri...maybe dia busy..sebabnya dia baru jer dapat pindah balik ke kedah...dah lama kat melaka...dah dapat balik ni..maybe banyak yang perlu diuruskan....seronoknya dapat bertukar...hari tu..masa ayah ngajar kat umah...ramai orang kg yang datang...depa siap tanya ct..bila nak bertukar ke kedah...apa ct nak jawab...ala..ct kata, bukan senang nak dapat tukaq tu...ct dah mohon 2 kali..tp tak dapat jugak...org kat office tu asik gelakkan ct...sebabnya kalau tak ada sebab2 yang munasabah...susah depa nak bagi bertukaq..ct nak kata sebab apa....hai..susahnya...depa kata kat ct...kawen la ngan orang kedah yang keja kat kedah..mesti dapat tukaq...hehehe...kawen...nak kawen ngan sapa yer....
  sat tadi kakak ct dah call dia dah on d way balik umah...so, ct pun kena la log off tu..nak sambut kakak yang dah lama tak jumpa tu...eh,lama ker..?tak la lama sgt....cuti bulan 5 tu ct dah pi ziarah dia kat melaka...lupa pulak...hehe..

Posted at 08:47 am by ct_wardah
Make a comment  

THE DIFFEREN BETWEEN LOVE AND LIKE

In front of the person you love, your heart beats faster

But in front of the person you like, you get happy

In front of the person you love, winter seems like spring

But in front of the person you like, winter is just beautiful  winter

If you look into the eyes of the person you like, you smile

But if you look into the eyes of the person you love,you blush

 

In front of the person you love, you can’t say everything on your mind

But in front of the person you like, you can..

In front of the person you love, you tend to get shy

But in front of the person you like, you can show your ownself

You can’t look straight into the eyes of the one you love

But you can always smile into the eyes of the one you like

 

When the one you love is crying,you cry with him/her

When the one you like is crying, you end up comforting

 

The feeling of love start from the eyes

The feeling of like start from the ears

So, if you stop liking the person you used to like,

All you need to do is cover your eyes,

But if you try to close your eyes,

Love turns into a drop of tear and remains

In your heart forever.


Posted at 08:08 am by ct_wardah
Make a comment  

WARDAH


Posted at 08:03 am by ct_wardah
Make a comment  

Next Page




   

<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed